8/24/2010

Morning Malaysia, morning bloggers, morning readers,
Pepagi ni, terasa semacam la...rasa nak membebel pulak...hehehe...korang penah tak mencuba nasib dalam IM/online biz ker pa per la...Ebay ? Huh, aku kecewa ngan Ebay ni......Satu masa dulu, para blogger, IM, pencari income tegar secara online pernah dikejutkan dengan rahsia untuk berjaya dalam Ebay oleh Sifu-Lan. Beliau "membuku-elektronikkan" teknik dan pengetahuannya tentang rahsia perniagaan Ebay ini. Mula2 tue, aku exited sangat nak beli. Tapi aku nie, bakhil agak-agak jugak hahahahah...bukan apa, aku takut2 kalau semua tu tipu apatah lagi aku nie biasanya suka minta Pakcik Google carikan review pasal bisness online..bulan2 aku berfikir nak beli ke tak. 1 g problem, orang macam aku nie, manalah nak cekau modal. Setakat 20,30 hinggit tue boleh la....
So, dijadikan cerita, aku kumpul la fulus bwat modal nak beli buku tue...maka, dapatlah aku mendownload ebook tersebut dengan gembiranya. Dalam kepala terbayang fulus melambai melayang-layang kepadaku hahahaah...angan2. Ye la, dari apa yang aku baca, semuanya kata memang lumayan! Sejak tue, dari pagi ke malam...manjaaaaannngggggg jer aku duduk depan laptop nie...aku cuba mengikuti tutorial yang diberi. Memula tue, happy nyaaaaa....dah berjaya buka akaun dan menyenaraikan jualan kat Ebay. Tiap-tiap hari aku semak, dah ada pembeli ke belum ? Hinggalah, tamat tempoh listing tue, satu apa pun aku tak dapat. Kecewa...argghhh!!!! Sedihnya aku.....tanpa fikir panjang + hati sedeh kecewa + baran = aku close akaun Ebay tue. Terasa nak marah kat Sifu-Lan : kata boleh bawak duit banyak, aku tak dapat sesen pun :( ngheeee.....
3,4 bulan dah berlalu, aku mula teringin nak cuba lagi berniaga di Ebay. Setelah melawat banyak forum, blog tentang Ebay, perasaanku berkobar-kobar semula untuk berEbay. So, aku pun dengan gatalnya membuka akaun baru...kiranya dah bertambah sikit pengetahuan la tue heheheh...semuanya lancar, dengan gelojohnya aku listkan item untuk dijual....tiba part isikan kredit kad tue, segalanya punah. Harapan ku berkecai...."your credit card cannot be authorized...bla3...pls re-enter bla3"....aku tak taw apa masalahnya...yang pasti aku kecewa......

P/S : Sebelum korang nak beli/join sesuatu, fikirlah panjang-panjang yerr...tak pasal2 jadi cam aku...punyalah exited nak duit...usaha malas..takut cabaran. Gagal sekali terus kecewa, menyesal dah tu marah-marah plak. Pastikan diri anda sedia untuk semua risiko, mampu mengaplikasikan pengetahuan dari ebook yang anda beli. Jgn fikir asal anda beli, ikut tutorial, duit akan bergolek kepada anda. Kenalah rajin berusaha, mencari maklumat, perbaiki kelemahan barulah berjaya! (motivasi untuk aku ngheee...ngheee....)

4 comments:

maverick said...

aku ada member pakai ebook sifulan...income ebay dekat 2k kot...

Kak Fatarina said...

salam

nak berebay ni, semangat kena kuat bro.. saya baru join ebay tahun lepas, setakat ni, Alhamdulillah, ada sale. Lepas 2-3 kali mencuba la baru ada jualan.. so jangan putus asa k! gud luck :)

Admin said...

@maverick
aku ni jer yg mudah patah hati..takut gagal..hehehehe..

Admin said...

@Kak Fatarina
btul tue...nxt kena usaha g nie hehehe

Post a Comment