9/21/2010

QWI bisness baru masa kini, perniagaan Travel & Tour dengan sistem pemasaran revolving matrix..menawarkan pulangan lumayan disertai bonus berkali-kali tanpa henti. Ditambah pula dengan voucher percutian yang amat lumayan!
QWIsmartbiz.

Bukan MLM.
Bukan jual ebook.
Bukan bisnes wang pos.
Bukan skim cepat kaya.
Bukan forex trading.
Bukan skim kau derma aku dan aku derma kau.
Bukan, bukan, bukan.....

Pekerjaan ini sangat mudah. Ianya Murah , mudah dan praktikal. Anda cuma perlu daftar, upgrade serendah RM108 dan perkenalkan kepada 2 (dua) orang sahaja. Selepas itu anda akan tersenyum melihat akaun anda semakin bertambah...mudah bukan ?

Antara bukti mereka yang telah berjaya. Tak sampai sebulan sudah nampak hasil lumayannya tanpa perlu modal yang banyak.



QWI ni masih baru, masih fresh, belum pun sampai 3 bulan dilancarkan. Namun statistik menunjukkan ianya berkembang dengan pesat! Kerana ianya perniagaan yang telus, jujur, mudah dan menguntungkan. Malah bersifat global menjanjikan pasaran yang luas, tidak terhad di Malaysia sahaja!
Maklumat lanjut QWIsmartbiz.

Tertanya-tanya tentang QWI ini ? Mudah saja, cuma daftar secara percuma dahulu.
Untuk maklumat lanjut, layari QWIsmartbiz

9/07/2010

Sekarang nie, mcm2 hal la yg terjadi kat Mesia....paling trok tue kes buang bayi. Eiiii....kejamnyer..kes rogol pon bermaharajalela gak. Alahai apalah nak jadi yer..dunia nak kiamat gaknya..Citer pasal rogol nie, aku nak blablabla sket pasal satu story nie....
Aku penah terbaca sebuah kisah dari sebuah laman blog. Tajuk dah lupa. Url pun dah tak ingat. Kisahnya je yang masih terpahat kat pala aku nie. Pengakuan seorang ayah. Berkisahkan tentang seorang anak gadis remaja yang liar dan seorang ayah yang amat menyayangi dan mempercayai anak gadisnya. Si anak yang tengah manis, ranum mula meliar sejak berkawan dengan budak2 nakal yang seusia dengannya. Dah pandai merempit, melepak, masuk kelab malam malah menonggang air kencing setan. Pendek kata dah jadi liar yang amat sangatlah....Si ayah pula tak menyedari perubahan dan kelakuan liar anak gadisnya. Meski ramai jiran menegur dan mengadu tentang anak gadisnya namun si ayah tetap buat pekak. Sehinggalah si ayah sendiri melihat anak gadisnya balik rumah tengah2 malam dalam keadaan mabuk. Ntah mamat mana yg hantar, si ayah pun tak kenal. Sungguh terkejut babun si ayah.
Maka sejak hari tue, si ayah mula mengawasi anak gadisnya. Ke mana, dengan siapa, buat apa....segalanya dia cuba mengambil tahu tentang aktiviti anak gadisnya. Namun si anak tetap degil. Tetap suka keluar malam, balik subuh2. Kadang2 bau air setan plak tue. Kata2 ayahnya masuk kiri kuar kanan. Buat donno je..
Satu hari tue, si anak tiba2 dah tak kuar malam. Asyik berkurung je kat bilik. Si ayah yg risau dengan keadaan anak gadisnya cuba bertanya namun bisu je. Satu malam tue, si ayah ingin menjenguk anak gadisnya yg asyik mengurungkan diri. Pintu diketuk, tiada jawapan. Pintu diselak, tak berkunci. Maka si ayah pun melangkah masuk. Anak gadisnya sedang duduk di birai katil. Tiba2 bagun dan mengunci pintu..Si ayah pun hairan. Bertambah hairan bila anak gadisnya menanggalkan pakaian. Si ayah cepat2 berpaling dan beristighfar (ngam ke spelling aku tue). Bagai disentap jantungnya tiba2 si anak memeluknya dari belakang dan menanggalkan seluar ayahnya...astaga....si ayah terkedu terkaku bagai....sedar2 dia dah menindih anak gadisnya sendiri...tak sampai setengah minit pun berlabuh, si ayah cepat2 bangun dan mengucap byk2. Minta ampun atas kelalaiannya sebentar td...pelik pula anak gadisnya ketawa terkekeh-kekeh melihat kepanikan ayahnya...mcm setan plak.
Keesokan harinya, bertandanglah beberapa org polis. Menangkap si ayah atas tuduhan merogol anak sendiri sehingga mengandung. Menurut pemeriksaan doktor, si anak hamil 2 bulan. Pelik yer, tak sampai seminit pun boley gak hamil 2 bulan ???
Ketika disoal siasat, si ayah hanya mampu menangis. Menangis kerana terlambat menyedarkan anak gadisnya. Menangis kerana kesilapannya. Hendak dinafikan tuduhan itu, betul dia ada menyetubuhi anaknya di luar sedar selama kurang seminit. Olih kerana langsung tiada bantahan, malah si ayah juga mengaku salah, maka dia pun check-in la di lokap selama beberapa tahun. Pedihnya, masyarakat melemparkan macam2 tuduhan, tohmahan dan penghinaan terhadapnya. Malah kaum keluarganya juga tidak mahu menerimanya lagi.


9/06/2010

Maaf buat teman-teman semua coz dah lm tak update blog nie...aku baru je balik dari kampung halaman atas pemergian nenek sedara seminggu lalu..mohon maaf yer pada pengunjung sbp tak dapat merayau kat blog korang...dun worry im back hehehe....
Ya, aku nk kongsikan sedikit pengalaman sepanjang aku berkabung di kampung tue. 1st, aku minta maaf kerana menceritakan ini..bkn bertujuan mengaibkan keluarga si mati tapi untuk pengajaran dan renungan kita bersama....
Aku sendiri amat terkejut dgn berita ini ketika mak call aku. Katanya dia (si mati) sedang kronik di hospital selepas meneguk hampir habis sebotol racun serangga (yg biasa petani sembur kat sawah padi). Aku tertanya2 apa yg membuatkan dia nekad bertindak sedemikian. Cerita punya cerita, rupa2nya dia sunyi dan tertekan semenjak pemergian anak bongsunya 2 tahun lalu. Suaminya dah lama meninggal dunia lebih kurang 9 tahun lalu. Anak-anak dia ramai, kalu tak silap 7 orang yg masih hidup. 5 daripadanya dah berumahtangga. Biasalah anak-anak dah kawin, pastue tinggal jauh lg..mungkin si mati rasa kesunyian, rasa tidak diberi perhatian sehingga nekad membunuh diri.
Yang sedih tue, roh dia seolah-olah tak tenteram. Ramai yang diganggu. Ada yg diekori, ada yg dengar dia menangis, ada jg yg halus penglihatan ni nampak dia turut serta dalam kumpulan orang kampung yang sedang berkabung...pakcik aku sampai menyusup ke bawah kusyen kerana terlalu takut..time tue semua orang yg berjaga dah tidur. Tb2 dia terdengar suara si mati menangis sambil mengelilingi rumah...ketika pakcik merasa airmata si mati menitis jatuh ke tubuhnya, serta merta dia merasa sangat panas seluruh tubuh. Adakah itu tandanya si mati tidak tenteram dan terseksa? Sejak dia koma (3hari) sehingga meninggal, dikebumikan, hingga ke-7 hari rohnya mengganggu orang-orang kampung. Apa yang mampu dibuat hanyalah mendoakan rohnya agar diterima dan tenteram di sana.
Pengajarannya di sini, jgn sekali-kali kita abaikan orang tua. Biar sejauh mana, sesibuk mana pun, sekurang2nya, tanyalah khabar....lawatlah orang tua kita sekali sekala agar mereka merasa bahagia dan dihargai. Sentiasa doakan orang tua kita sihat dan dilindungi. Dan jgn sekali-kali cuba bertindak bodoh mengakhiri nyawa sendiri dengan membunuh diri. Perbuatan yg salah di sisi undang2 dan agama.

8/26/2010



Korang kenal tak ngan penyanyi dlm video tue ? Mesti kenal kan. Tapi aku baru je kenal. Sejak dengar lagu ni, rasa mcm suka plak heheheh...minat lagu nie. Biarpun ada menimbulkan kontroversi berkaitan dengan lirik lagunya. Memang aku tak nafikan, muzik lagu nie menarik..(betul ke ayat aku ?). Memula terdengar lagu nie, aku memang kompen lagu nie mat & minat salleh yang nyanyikan. So, aku pon tanya kat pakcik Google tentang lagu nie. Surprise! Rupanya penyanyi utamanya adalah orang Malaysia iaitu Miz.Nina. Wah, baru aku gelak. Ceh, ko ingat orang Mesia pun takleh cipta lagu mletop camni. Memang tabik spring kat Miz.Nina..ye la, lagu ni memasuki pasaran antarabangsa. Bkn kat Mesia je tau lagu ni menjadi siulan. Mat2 saleh pon minat gak. Dah 1milion plus plus orang views video Mizz.Nina nie. Cayalah.......Tapi konpius ya, kenapa si Colby O'Donis yang dipilih sebagai pasangan duetnya ? Pa sal tak carik orang tempatan jak ? Orang-orang Mesia ni masih ramai yang berbakat besar. Betul tak ?

8/24/2010

Morning Malaysia, morning bloggers, morning readers,
Pepagi ni, terasa semacam la...rasa nak membebel pulak...hehehe...korang penah tak mencuba nasib dalam IM/online biz ker pa per la...Ebay ? Huh, aku kecewa ngan Ebay ni......Satu masa dulu, para blogger, IM, pencari income tegar secara online pernah dikejutkan dengan rahsia untuk berjaya dalam Ebay oleh Sifu-Lan. Beliau "membuku-elektronikkan" teknik dan pengetahuannya tentang rahsia perniagaan Ebay ini. Mula2 tue, aku exited sangat nak beli. Tapi aku nie, bakhil agak-agak jugak hahahahah...bukan apa, aku takut2 kalau semua tu tipu apatah lagi aku nie biasanya suka minta Pakcik Google carikan review pasal bisness online..bulan2 aku berfikir nak beli ke tak. 1 g problem, orang macam aku nie, manalah nak cekau modal. Setakat 20,30 hinggit tue boleh la....
So, dijadikan cerita, aku kumpul la fulus bwat modal nak beli buku tue...maka, dapatlah aku mendownload ebook tersebut dengan gembiranya. Dalam kepala terbayang fulus melambai melayang-layang kepadaku hahahaah...angan2. Ye la, dari apa yang aku baca, semuanya kata memang lumayan! Sejak tue, dari pagi ke malam...manjaaaaannngggggg jer aku duduk depan laptop nie...aku cuba mengikuti tutorial yang diberi. Memula tue, happy nyaaaaa....dah berjaya buka akaun dan menyenaraikan jualan kat Ebay. Tiap-tiap hari aku semak, dah ada pembeli ke belum ? Hinggalah, tamat tempoh listing tue, satu apa pun aku tak dapat. Kecewa...argghhh!!!! Sedihnya aku.....tanpa fikir panjang + hati sedeh kecewa + baran = aku close akaun Ebay tue. Terasa nak marah kat Sifu-Lan : kata boleh bawak duit banyak, aku tak dapat sesen pun :( ngheeee.....
3,4 bulan dah berlalu, aku mula teringin nak cuba lagi berniaga di Ebay. Setelah melawat banyak forum, blog tentang Ebay, perasaanku berkobar-kobar semula untuk berEbay. So, aku pun dengan gatalnya membuka akaun baru...kiranya dah bertambah sikit pengetahuan la tue heheheh...semuanya lancar, dengan gelojohnya aku listkan item untuk dijual....tiba part isikan kredit kad tue, segalanya punah. Harapan ku berkecai...."your credit card cannot be authorized...bla3...pls re-enter bla3"....aku tak taw apa masalahnya...yang pasti aku kecewa......

P/S : Sebelum korang nak beli/join sesuatu, fikirlah panjang-panjang yerr...tak pasal2 jadi cam aku...punyalah exited nak duit...usaha malas..takut cabaran. Gagal sekali terus kecewa, menyesal dah tu marah-marah plak. Pastikan diri anda sedia untuk semua risiko, mampu mengaplikasikan pengetahuan dari ebook yang anda beli. Jgn fikir asal anda beli, ikut tutorial, duit akan bergolek kepada anda. Kenalah rajin berusaha, mencari maklumat, perbaiki kelemahan barulah berjaya! (motivasi untuk aku ngheee...ngheee....)