9/06/2010

Maaf buat teman-teman semua coz dah lm tak update blog nie...aku baru je balik dari kampung halaman atas pemergian nenek sedara seminggu lalu..mohon maaf yer pada pengunjung sbp tak dapat merayau kat blog korang...dun worry im back hehehe....
Ya, aku nk kongsikan sedikit pengalaman sepanjang aku berkabung di kampung tue. 1st, aku minta maaf kerana menceritakan ini..bkn bertujuan mengaibkan keluarga si mati tapi untuk pengajaran dan renungan kita bersama....
Aku sendiri amat terkejut dgn berita ini ketika mak call aku. Katanya dia (si mati) sedang kronik di hospital selepas meneguk hampir habis sebotol racun serangga (yg biasa petani sembur kat sawah padi). Aku tertanya2 apa yg membuatkan dia nekad bertindak sedemikian. Cerita punya cerita, rupa2nya dia sunyi dan tertekan semenjak pemergian anak bongsunya 2 tahun lalu. Suaminya dah lama meninggal dunia lebih kurang 9 tahun lalu. Anak-anak dia ramai, kalu tak silap 7 orang yg masih hidup. 5 daripadanya dah berumahtangga. Biasalah anak-anak dah kawin, pastue tinggal jauh lg..mungkin si mati rasa kesunyian, rasa tidak diberi perhatian sehingga nekad membunuh diri.
Yang sedih tue, roh dia seolah-olah tak tenteram. Ramai yang diganggu. Ada yg diekori, ada yg dengar dia menangis, ada jg yg halus penglihatan ni nampak dia turut serta dalam kumpulan orang kampung yang sedang berkabung...pakcik aku sampai menyusup ke bawah kusyen kerana terlalu takut..time tue semua orang yg berjaga dah tidur. Tb2 dia terdengar suara si mati menangis sambil mengelilingi rumah...ketika pakcik merasa airmata si mati menitis jatuh ke tubuhnya, serta merta dia merasa sangat panas seluruh tubuh. Adakah itu tandanya si mati tidak tenteram dan terseksa? Sejak dia koma (3hari) sehingga meninggal, dikebumikan, hingga ke-7 hari rohnya mengganggu orang-orang kampung. Apa yang mampu dibuat hanyalah mendoakan rohnya agar diterima dan tenteram di sana.
Pengajarannya di sini, jgn sekali-kali kita abaikan orang tua. Biar sejauh mana, sesibuk mana pun, sekurang2nya, tanyalah khabar....lawatlah orang tua kita sekali sekala agar mereka merasa bahagia dan dihargai. Sentiasa doakan orang tua kita sihat dan dilindungi. Dan jgn sekali-kali cuba bertindak bodoh mengakhiri nyawa sendiri dengan membunuh diri. Perbuatan yg salah di sisi undang2 dan agama.

0 comments:

Post a Comment